Monday 22 July 2013

Doa dlm sholat

Baru teringat, terus tulis di blog ini. Semoga dgn menulisnya di blog ini dapat mengingatkan kembali tazkirah semalam.

Doa yang penting....iaitu doa duduk antara dua sujud. Sering kali ia sekadar sebahagian dari sholat yang mana ia dibaca dengan lajunya. Sedar atau tidak ia adalah doa kita kepada Allah merangkumi kehidupan ini.

Doa iftitah juga penting, sering juga ini tidak diamalkan semasa sholat berjemaah mahu pun sendirian. Samada mengejar masa ataupun lewat memasuki saf.

Antara doa yang penting adalah Doa Qunut, ia penting di amalkan. Rasanya itu saja yang dapat diingat setakat ini. Sesungguh doa itu penting utk mendapat kerahmatan Allah. Kebergantungan kita kepada yang maha Esa, pemilik segalanya di bumi dan langit membolehkan kita sedar siapa diri ni, semuanya hanyalah pinjaman sementara.

Namun itu tidak bermakna kita perlu berasa rendah diri sesama manusia. Biarlah mereka mengejar kejayaan, kita lemah. Itu salah perspektif.

Doa kepada Allah agar dimurahkan rezeki, taufik dan hidaya.
Kedua, usaha - sehabis baik dengan bijak dan terbaik. Tambah ilmu dan buat lebih baik.
Ketiga, Tawakal - serahkan kembali kepada Maha Kuasa yang menentukan setelah segala usaha telah dijalankan.

Senang utk hidup di dalam dunia ini bila kita tahu serta mengakui Allah adalah segalanya. Tiada apa yang perlu dirisaukan.

Sunday 21 July 2013

Witir itu PENTING

Alhamdulillah, dapat kita meneruskan ke fasa kedua Ramadahan,

Ingin saya berkongsi tazkirah Ramadahan malam tadi ttg pentingnya witir itu. Kalau diperhatikan, selepas sholat sunat Tarawih 8 rakaat atau pun 20 rakaat, selalunya ada diantara kita meninggalkan saf utk pulang ke rumah. Mungkin mereka ingin menambah sholat sunat di rumah...Namun kemungkinan besar juga bila di rumah, langsung kita tak buat. Mungkin, pada pendapat mereka, kalau dah buat Witir, tak boleh sholat sunat yang lain.

Sholat witir boleh dilakukan sehingga 11 rakaat. Jika kita sudah buat 3 rakaat selepas Tarawih, di rumah selepas sholat sunat yang lain boleh lah diakhiri dgn sholat Witir 2 rakaat atau pun 4, 6 atau pun 8. Asalkan jumlah keseluruhan adalah 11 rakaat.

Apa pun sholat Witir amat penting sebagai penutup segala sholat kita utk hari tersebut. Sholat ini tidak pernah ditinggalkan oleh Rasululluh s.a.w.

Lagi satu sholat sunat yang penting adalah sholat Rawatib. Yg dituntut atau pun yang diamalkan oleh Rasulullah iaitu 10 rakaat spt di dalam hadis:

Dari Ibnu Umar ra berkata, "Aku menjaga 10 rakaat dari nabi SAW: 2 rakaat sebelum salat Zhuhur,2 rakaat sesudahnya,2 rakaat sesudah solat Maghrib, 2 rakaat sesudah solat Isyak dan 2 rakaat sebelum solat Subuh. (HR Muttafaqun 'alaihi)


Subuh - 2 rakaat sebelum
Zohor - 4 rakaat (sebelum dan selepas)
Asar - 2 rakaat sebelum
Maghrib - 2 rakaat selepas
Isyak - 2 rakaat selepas

Tujuan utama:
Pelengkap atau pun sebagai tambahan untuk menampung supaya apa-apa kekurangan ataupun cela yang berlaku semasa mengerjakan solat-solat fardu seperti tidak khusyuk, perbuatan dlm sholat yang tidak sempurna yang mungkin kita tidak sedari spt cara berdiri, duduk 2 sujud dll.

Sebab apa:
7 jenis neraka; hanya 1 neraka Jahanam dikhususkan untuk org bukan Islam, yg lainnya adalah utk orang Islam itu sendiri atas kelalaian kita sendiri. Oleh itu marilah kita bersama-sama memperbaiki sholat fardu kita dgn menampung dgn sholat rawatib 10 rakaat malahan lebih baik ditambah dgn rawatib yg lainnya. Serta kita memohon maaf pada Allah serta memohon agar Allah menerima amalan kita ini.


Sholat sunat yang lain adalah sholat Dhuha. Memang Rasullullah mengerjakannya.

So fokus Ramadhan ini.

1) Sholat Dhuha,
2) Sholat Rawatib
3) Sholat Witir.

Semoga amalan ini dapat memberi kesan kepada amalan kita serta dapat diteruskan selama-lamanya.

Amin.

Friday 19 July 2013

Ramadhan itu Universiti Kehidupan

Inilah masanya utk kita mengadap Allah, membentuk tabiat baru utk menghadapi bulan-bulan seterusnya. 1 bulan cukup utk membentuk tabiat awal dgn syarat perbuatan ini diteruskan dlm bulan-bulan mendatang.

Teringat kata Ustaz Nidzam tadi, ia berlaku pada tahun lepas di penghujung bulan Syawal, ada seorang hamba Allah mengatakan bahawa dia telah khatam Quran 2 kali sepanjang bulan Ramadhan. Alhamdulillah , Hebat sungguh org ini. Namun bila ditanyakan selepas kali terakhir khatam, bilakan dia khatam Al-Quran lagi, dia menyatakan sejak kali terakhir, dah lama ia tidak membuka halaman Quran itu.

Pointnya ialah kehadiran Ramadhan janganlah dijadikan sekadar adat mahupun kita mengikutinya sekadar program yg telah disusun oleh pihak tertentu, yang kita terlibat didalamnya, maka kita melaksanakannya.

Selepas program, kita terus lalai dan hanyut....


Apakah tanda-tanda puasa kita diterima Allah...
Salah satunya ialah selepas bulan Ramadhan, kita lebih baik berbanding sebelum bulan Ramadhan.


Mudah-mudahan ini adalah peringatan khusus bagi saya dan semua. Semoga kita semua berazam utk jadi lebih baik utk Allah.

Amin...

Thursday 18 July 2013

Khusyuk

Alhamdulillah, baru balik Ceramah Perdana yang disampaikan oleh Mohd Nidzam Abdul Kadir , pensyarah UIAM.

Seronok dengar ceramah dalam bulan Ramadhan, menambah ilmu dan semoga Allah memberikan pahala yang setimpal.

Antara take home message yang dpt saya sampaikan iaitu bagaimana nak khusyuk dlam sholat. Khusyuk itu adalah fokus. Jelasnya bayangkan ia sholat terakhir. Bukan setakat sholat, begitu juga dgn perkara lain spt kerja. Berikan tumpuan. Bayangkan ia yang terakhir, bagaimana pahalanya, bagaimana yang akan dijawab di akhirat nanti didepan Sang Pencipta.....

Terkesan sungguh. Memang itulah yg sebenarnya namun kita manusia sering tersasar dari landasan. Semoga Allah memberi taufik dan hidayah pada kita semua.