Tuesday 27 September 2011

Kepentingan strategi dalam beribadah

Assalamualikum,

Dengar tajuk macam ibadah orang berniaga je. Minimum effort for maximum result. Sebenarnya, kalau kita mencari keredhaan Allah pun, saya rasa pun ia tidak lari dari inti pati ini cuma jangan lah berkira sangat, semuanya nak tengok dapat pahala ke tidak. Pahala tu hak Allah. Kita buat baik pun, tak tentu lagi ia perfect. Ibadah banyak bocor nya. Jauh dari para sahabat umat Muhammad terdahulu.

Apa yang boleh dibuat adalah seperti sholat berjemaah di surau atau masjid berdekatan rumah paling kurang sekali sehari terutamanya sholat maghrib dan Isyak. Kalau weekend tu boleh lah cuba-cuba gagahkan sholat Subuh. Itu kita set strategi untuk target minimum. Bila ada target, insyallah bila kita dah penuhi dan istiqamah, buat berterusan senang nak tambah lagi ke target yang lebih tinggi. Yang penting perancangan kita. Allah kan maha mengetahui dan kerana kita ingin menjadi lebih baik, insyallah Allah mudahkan.

Yg penting, bila kita keluar pergi ke surau/masjid, ingatkan diri kita ini kita pergi kerana mencari keredhaan Allah, bukan menunjuk alim, atau lain-lain yang tak elok. Bila sampai tu, buangkan sifat ego, sifat pentingkan diri dan ambillah sifat kekitaan, ummah. Rapatkan saf (nampak senang) tapi kalau kita masih lagi ada sifat ego kita yang tinggi, itu yang kita nak personal space terlebih-lebih tu sampai dua org pun boleh muat saf tu.

Saya pun sama lah, nak buat cam mana, manusia lemah, yang penting ada keinginan berubah dan terus bertindak. Check website ini utk panduan membentuk saf yang ideal utk rapat dan luruskan saf.

Tertarik kepada perbincangan radio IKIM.fm dengan penceramah Ust. Pahrol Mohd Juoi 19 sept 2011 rujuk laman IKIM fm utk download, di kala diajukan soalan dari para pendengar, kalau tak silap kenapa tiada perpaduan dikalangan ummah adakah kerana tidak lagi makan setalam.

Jawapannya sungguh menarik (kalau tak silap, sila dengar sendiri), kita membuat sesuatu itu tanpa mengambil secara langsung inti patinya. Cthnya, makan setalam itu bermakna kita makan dengan niat mengenyangkan orang lain. Jadi semua orang akan mendapat setimpal, bukannya untuk mengenyangkan diri sendiri sahaja. Oleh itu dalamilah secara lahiriah apa maksud dalam sesuatu ibadah bukannya melakukan secara zahiriah tanpa mengetahui atau mendapat apa-apa darinya. Itulah kepentingan akal dalam beribadah. Bukannya hanya menurut segala apa yang diajar tapi fahamilah apa yang hendak dimaksudkan. Peringatan kepada saya dan semua. Ia pelaburan akhirat sebagaimana pelaburan dunia semuanya memerlukan pengetahuan. Bersamalah menimba ilmu secara berterusan menggunakan akal dan berkongsi sesama kita kerana ilmu baik yang dikongsi dan diamal oleh orang lain itu juga pelaburan akhirat kita.

Wallah hu alam.