Saturday 10 September 2011

Wakaf vs Sedekah

Alhamdulillah, syukur kita diberi kesempatan ini untuk berkongsi pengetahuan yang mungkin memberi manafaat kepada semua, insyallah.

Saya terdengar siaran Al Kuliyyah raya yg dibuat di Trengganu hari tu yg sedikit sebanyak boleh saya kongsikan (kalau salah tu tlg betulkan, takut-takut tertambah menambah jadi lain pula).


Wakaf yg selalu kita dengar adalah wakaf tanah lah buat masjid, surau atau pun buat perkuburan. Namun ia lebih besar dari itu. Menghadiahkan buku ataupun al quran, yassin serta lain-lain yang dimanafaatkan oleh orang ramai juga adalah wakaf. Katakan kita menghadiahkan buku-buku ilmiah kepada perpustakaan dan digunakan oleh pelajar contohnya, ilmu yang didapati itu adalah wakaf dan insyallah pahala akan berterusan bila mana ia dipraktikan.


Oleh adalah peluang bagi saya mahupun yang lain yang bukannya guru atau pun ustaz yang mengajar ilmu secara langsung berbuat sesuatu yang seiring dengan itu. Oleh itu bersama-samalah kita mulakan langkah setidak-tidaknya membeli sebuah buku agama buat permulaan yang harganya mungkin di bawah RM 20 dan di wakafkan dalam masjid. Insyallah ia memberi manafaat kepada yang sudi membaca.

Langkah seterusnya boleh diperluaskan ke buku ilmiah, engineering, genetic engineering dll. Ilmu Allah itu kan luas bukan terhad hanya kepada ilmu agama sahaja. Jangan kita membataskan diri kita dengan beranggapan jika ingin beribadah, terhad kepada sholat dan lain-lain yang bersangkutan dengan agama.

Melihat dan mempelajari alam sekitar kita juga ibadah sekiranya kita sedar Allah itu menciptanya agar kita sedar. Bersedekah kepada burung itu juga sedekah, menabur baja kepada pokok juga sedekah dll. Cuma sedekah itu bersifat sementara (bila habis, tiada lagi pahala) manakala wakaf itu berpanjangan (selagi mana ia digunakan).

Saya tertarik dengan apa yang dikatakan oleh ahli panel bahawa wakaf itu seeloknya biarlah ia bersifat am bukannya wakaf untuk buat masjid, surau dll. Kebaikkannya ialah hasil dari tanah wakaf contohnya (buat bisnes utk wakaf pun boleh) tanam kelapa sawit, boleh digunakan utk operasi pengurusan tahfiz dan anak yatim (tak payahlah minta derma suruh anak yatim pi stesen minyak, R&R dll dari pagi sampai malam tapi tuan punya goyang kaki je, cuba suruh anak kandung dia buat macam tu nak ke).


Yg bestnya wang dari hasil wakaf boleh digunakan secara meluas tanpa ada skop tidak seperti hasil zakat perlu diberikan kepada golongan tertentu shj. Contoh terbaik adalah Universiti Al Azhar mempunyai banyak tanah wakaf. Hasilnya yuran pengajian semua pelajarnya tidak perlu dibayar. Bayangkan ustaz-ustaz yang belajar di sana, free yurannya, balik mendapat ilmu serta menyebarkannya. Ya Allah, mungkin senyum je org-org yang memberi wakaf di dalam kubur mendapat pahala berterusan. Bayangkan kalau di Msia ini, tak akan timbul cerita anak-anak miskin yang tidak mampu masuk universiti sebab keluarga tak mampu bayarkan yuran padahal tidaklah sampai beribu-ribu ringgit.


Walaupun begitu hendaklah kita ingat, yang fardu tu buat dulu. Zakat kenalah settle kan. Lepas tu barulah nak bersedekah, wakaf dan lain-lain. Ini untuk mengingkatkan aku semoga ditunjukkan dan berada di jalan yang lurus

Wallah wa alam

check kat http://www.tonton.com.my 

untuk tengok siaran Al Kuliyyah Aidilfitri 2011. Tak rugi tengok.

No comments:

Post a Comment