Thursday 8 September 2011

Pelaburan akhirat

Assalamualaikum,

Ini post pertama saya sebagai satu sumbangan untuk mendapatkan keredhaan Allah taala. Saya cuba menyumbang atas kapasiti sendiri kerana saya ini bukanlah seorang yang berpengetahuan tinggi mengenai agama namun berhasrat untuk menyumbang sesuatu walaupun kecil kerana di mata Allah bukanlah amaun atau nilai sumbangan yang di lihat tetapi niat serta usaha kita.

Teringat saya pada cerita seekor burung kecil yang berulang kali membawa air di dalam paruh kecilnya lalu cuba memadam api yang sedang membakar Nabi Ibrahim. Minta maaf jika saya tersalah fakta cerita ini.

Burung yang lebih besar dari nya menegur kerana kelihatan usahanya itu adalah sia-sia. Namun jawabnya, di akhirat setidak-tidaknya dia boleh menjawab yang dia sudah berusaha seupayanya.

Itulah usaha saya kerana saya pun jeolous juga melihat ustaz-ustaz serta orang perseorangan menubuhkan rumah-rumah anak yatim, pusat tahfiz, perlindungan serta bermacam usaha murni. Jadi sekurang-kurangnya saya membantu mewar-warkan kemana wang kita hendak disalurkan.

Sedekah ataupun wakaf yang diberikan akan memberi manafaat kepada kita tak kala kita memerlukannya di sana. Namun begitu, hendaklah kita ingat. Sempurnakan yang wajib dulu iaitu zakat samada zakat pendapatan, fitrah, perniagaan dan lain-lain. Kemudian barulah salurkan kepada yang lain-lain.


Sebagaimana sholat fardu mempunyai sholat-sholat sunat sebelum dan selepas sebagai membantu jika sholat fardu yang kita kerjakan itu kurang sempurna, begitu jugalah sedekah jariah itu membantu amalan zakat kita kiranya ia tidak sempurna.

Wa allah wa aalam

No comments:

Post a Comment