Sunday 25 September 2011

Qurban in Somaliland




Alhamdulillah, minggu lepas dapat menonton Majalah Tiga berkaitan sebuah negara yg majoritinya beragama islam iaitu Somaliland. Ia bersebelahan dengan Somalia yang juga majoritinya islam serta terkenal dengan kebuluran serta tidak aman. Semoga Allah Taala memberi rahmat kepada org-org di Somalia terutamanya para pemimpinnya semoga diberi hidayah agar dapat memberikan kebaikan kepada para penduduknya.

Menarik kerana persepsi bahawa Somaliland juga kacau-bilau adalah terbalik. Ia aman (menurut kata wartawan) dan keadaannya jauh lebih baik dari Somalia.


Dalam rancangan itu juga ada syarikat Malaysia membuat MOU dengan syarikat tempatan Somaliland untuk mengadakan qurban di sana. Malahan diwar-warkan websitenya untuk kita di Malaysia jika berminat utk mengadakan qurban, akikah dll. Ia juga membuka satu lagi avenue utk rakyat Malaysia utk membantu mereka yang memerlukan disamping membuat ibadah.


 
Layari myqurban.org utk maklumat lanjut. Saya telah pun melawat website ini, secara umumnya adalah baik cuma jika kita ingin membayar bahagian kita, tiada maklumat no bank malahan online bank transfer pun masih belum berfungsi. Sayang rasanya sebab TV3 telah pun mengeluarkan di TV, dan mesti ramai yang telah melihat website ini tapi tak boleh buat apa-apa. Mungkin ada masalah teknikal yg akan diselesaikan tidak lama lagi.

Di website itu dinyatakan satu bahagian RM 250 tapi bila di page order, dinyatakan masih lagi dlm perkiraan berapa yg perlu dikenakan.

Apa pun, jika kita ingin berbuat ibadah pergilah ke surau-surau atau masjid dan biasanya satu bahagian RM 350.

Jika dikira, sebulan cuma RM 30. jadi simpan lah sedikit-sedikit agar dapat diselesaikan sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Kalau ada badan yg menguruskan qurban ini pun bagus juga macam Tabung Haji. Boleh buat potongan gaji.

Ada satu lagi co. yang buat kerja-kerja qurban. Ini selalu ada iklan di IKIM.fm. Co. tu ialah EzQuran. Cuba layari website Ezqurban. Cubalah buat qurban dengan co ini. Ia dihantar ke Kemboja, Bangladesh, Indonesia, Vietnam, Myanmar dan Thailand. Satu bahagian RM 250.

Rasanya seeloknya buatlah di surau kita dulu jika surau kita atau taman kita tu kejap ada, kejap tak da buat qurban. Bukannya apa utk mengeratkan silaturrahim sesama kariah dan dapat lah merasa daging qurban tu. Ingat bukannya nak buat qurban tu, nak cari yang paling murah je. Ini ibadah org berniaga. Cari yang paling murah utk dapat pahala. Ingat pelaburan akhirat tu mencari keredhaan Allah. Itu yang penting.

No comments:

Post a Comment