Thursday 8 September 2011

Di Bawah Rimbunan Madrasah


Alhamdulillah dapat melihat satu dokumentari dari TV3 secara ringkas tentang perjalanan hidup Hajjah Ayesha AbduLlah Scott, seorang minah saleh dari England serta cita-citanya mendirikan sebuah madrasah (sekolah tahfiz dan hadith) di Behrang, Tanjung Malim. Program ini disiarkan dekat-dekat org nak pi masjid sholat jumaat. Nasib baik boleh rekod.

Memang best dan boleh dijadikan idola. Bayangkan lebih 700 penulisannya setakat ini (kalau tak silap) dan yang menariknya dia menulis bukan untuk royalti, semata-mata untuk Allah. Itulah istimewanya insan ini. Bukunya boleh didapati di MPH, Amazon dll. Cubalah google nama Ayesha AbduLlah Scott, untuk lebih mengenalinya.

Satu yang boleh kita amalkan iaitu semasa beliau menulis buku dan beliau ingin memasukkan hadis kedalamnya sebagai rujukan, tapi beliau tidak tahu hadis yang mana. Beliau sholat tahajud. Selepas itu seperti ada yang menunjukkan terus hadis yang di cari. Oleh itu, jika kita di pejabat dan ingin membuat keputusan, eloklah sholat tahajud 2 rakaat sebelum itu, semoga segala keputusan kita yang difikir dan dilaksanakan mendapat keredhaan Allah dan memberi manafaat bukannya semata-mata utk kepentingan diri atau niat lain-lain yang mungkin tidak disedari membawa ke arah keburukan.

Satu hajat yang belum kesampaian ialah membina tahfiz moden iaitu bersekolah seperti biasa disekolah kerajaan namun ditambah hafalan al quran sebelah petang dan malamnya. Ilmu dunia dan akhirat diselarikan agar dapat menyumbang atau add-value kepada dunia.

Akaun bank beliau nanti saya letakkan sebab terlupa. Bersamalah menyumbang sebagai amal jariah kita seadanya. Membantu merealisasikan impian murni orang insyallah akan merealisasikan impian kita juga.

Antara buku yang ditulisnya.


Bagi yang tidak berkesempatan melihatnya almaklumlah hari raya, sibuk berziarah dan lain-lain aktiviti boleh lah melihatnya di http://www.tonton.com.my . Click kat A-Z, dah scroll sampai ke tajuk Di bawah Rimbunan Madrasah. Kalau tak pun type kat search box kat atas tu. Kena register dan log in utk menonton.

3 comments:

  1. assalamualaikum, saya diana. saya tertarik dengan kisah wanita solehah ini. saya ingin sekali menghubungi beliau. kalau awak ada cara untuk hubungi beliau, boleh tolong emailkan pada saya? dianadin11@yahoo.com. pertolongan awak amat2 saya hargai. terima kasih. ;)

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum, ape no akaun bank beliau?

    ReplyDelete