Monday 12 September 2011

radio IKIM

Assalamualaikum dan alhamdulillah dapat saya berkongsi tentang siaran-siaran yang seronok saya dengari di Radio IKIM kalau tak silap 91.5 MHz.

Biasanya dengar pukul 7.30 pagi dan balik kerja 5-6 ptg. Kadang-kadang tu kalau cuti tak dengarlah. Namun begitu zaman teknologi ini kita boleh download mp3 ceramah-ceramah ini. Mudah sungguh utk dapatkan ilmu sekarang ini cuma kita sebagai pendengar kenalah kritis serta menyemak kembali apa yang didengari. Mereka pun manusia mcm kita semua. Ada membuat kesilapan. Jangan kita jadi pak turut, memandulkan otak yang diberi Allah untuk berfikir ini dan menerima bulat-bulat serta total serta taksub pada individu atau tokoh tertentu. Pandu kepada Al-Quran dan hadis kerana Al-quran itu diturun utk kita semua membaca dan yg penting menghayati apa yang di maksudkannya dan bukannya ia ekslusif utk mereka yang berlabel ustaz atau pun ustazah. Cuma mereka sebagai membetulkan dari segi taksiran dan ilmu contohnya agar kalau kita tiada ilmu mentafsir al quran nanti dikhuatiri sesat pulak.

Apa pun ini laman IKIM fm untuk download ceramah penyubur hati.

Semoga hati kita menjadi lunak, bersih dan mendorong kita menjadi insan yg mencari kerehaan allah secara sebenarnya, bukannya atas dasar lain-lain spt menunjuk, adat, rutin.

Saya suka siri Mukmin Professional oleh Y.Bhg. Ustaz Pahrol Mohd. Juoi serta Islam Itu Indah oleh Y.Bhg. Prof. Dr. Muhaya Mohamad. Tafsir Al-Quran pun ada oleh Y.Bhg. Dr. Zahazan Mohamed. Siri slot yang lain pun ada. Cuma saya rasa ralat sikit tak ada siri slot oleh Dr. Haji Tengku Asmadi yg boleh didownload. Mungkin sebab itu slot tajaan. Tapi tipsnya memang terbaik dalam mendidik anak-anak. Ini laman web dia  http://www.laman-map.com/

Cubalah download dari IKIM fm, simpan dlm handphone/smartphone. Sementara tunggu bas, dlm bas, LRT, tunggu org dan sebagainya, isilah dengan benda bermanafaat.
Wallah wa lam

No comments:

Post a Comment